Pergerakan trafik masuk ke Kuala Lumpur masih sibuk meskipun sudah tengah malam.<br /><br />Begitupun, keadaannya tidak begitu sesak berbanding petang Isnin namun pergerakan dilaporkan perlahan di beberapa lokasi terutamanya dari pantai timur dan utara.<br /><br />Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud kini berada di Plaza Tol Jalan Duta untuk melaporkan keadaan trafik terkini di sana.